Posted by Che_Wan
PAS didalam pakatan rakyat sekarang sedang bercelaru dengan berbagai pandangan dan prinsip. Mereka umpama telan mati emak, diluah mati bapa. Sepatutnya PAS perlu berfikir, biarpun mereka tidak berjaya menawan Malaysia., tapi sekurang-kurangnya mampu menawan hati Rakyat Malaysia. Pas mampu merealisasikan Islam sebagai tatacara hidup rakyat Malaysia. Bukankah itu lebih mulia?
Dahulu, wakil rakyat PAS terdiri dari orang kampung yang tidak bersekolah tinggi. Wakil rakyat yang menang atau di calonkan kebanyakannya berjaya dibidang agama pengajian pondok. Mereka bukan dari tokoh akademi seperti Doktor, Jurutera, atau pakar dalam bidang apa-apa pun. Tapi sekarang cuba kita lihat Wakil-Wakil rakyat PAS.., sudah ada yang berpendidikan tinggi dan mempunyai berbagai-bagai jawatan serta kebolehan yang mampu mentadbir.
Namun begitu kita tidak boleh merendahkan pemimpin-pemimpin PAS terdahulu yang berjaya dalam pendidikan agama dan berjaya mengumpul begitu ramai pengikut seperti Arwah Fadzil Nor dan juga Haji Hadi sekarang ini. Ini semua membuatkan PAS menjadi parti melayu kedua terbesar dalam negara selepas UMNO.
Oleh itu, PAS mesti menjadi kuat. PAS tak seharusnya menjadi tunggangan mana-mana pihak seperti yang berlaku sekarang ini.
Disebalik semua itu, rakyat Malaysia ini semakin keliru bila memikirkan kenapa PAS sanggup berada dibawah kekuasaan pihak lain dalam Pakatan Rakyat? Rakyat celaru memikirkan apakah hasrat sebenar PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR didalam gabungan haram tersebut? Dan rakyat semakin bingung, apakah matlamat PAS tunduk kepada kedua-dua parti sekular itu yang memang jauh dari prinsip perjuangan PAS?
Penting sangat kah PAS menyertai Pakatan untuk mendapatkan kuasa? Sebenarnya pemimpin PAS kini mengambil risiko dalam perjuangan yang hambar dan tidak mempunyai matlamat sebenar. Kini dilihat seolah-olah PAS sudah di beli oleh sebahagian dari mereka yang mengambil peluang untuk menyampai cita-cita yang langsung tak akan menguntungkan PAS.
Majoriti rakyat negara ini tahu, cita-cita besar Pakatan hanyalah untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin Islam. Ini sudah membuktikan mereka telah meminggirkan yang hak. Dan jika mereka berjaya, apakah mereka mampu mentadbir dengan lebih baik? Apa sudah jadi Pulau Pinang. Orang Melayu disana kebanyakan “sudah terjun laut”.
Pemimpin Pakatan telah menunjukkan yang mereka hanya mampu memimpin negeri-negeri yang mereka kuasai dengan konsep peniaga kedai runcit. Selepas mereka berjaya, mereka akan memonopoli segalanya. Sekarang ini sedikit demi sedikit mereka merampas hak rakyat. Dan untuk menutup mulut rakyat, mereka tabur janji semanis gula. Semuanya umpama orang yang sedang mabuk asmara.
PAS dengan Pakatan sedang mengalami mimpi yang tak sama. Tak hairanlah kerana prinsip perjuangan pun lain. Jika kereta pun jenama lain-lain, tak sama buatan, warna lain, logo lain dan kemampuan lain, mestilah tak boleh disatukan dan tak sesuai bergabung. Apatah lagi dengan parti politik seperti PAS didalam Pakatan.
Bila PAS menyertai Pakatan Rakyat, rakyat melihat ia sebagai satu kerugian besar kepada parti itu sendiri. PAS menyertai Pakatan dengan harapan nak bakar imej kelambu masam dan dah lama tak berbasuh didalam parti itu. Tapi PAS tak mengakui hakikat imej PAS akan jadi lebih buruk setelah mereka berkubang didalam kandang Pakatan.
Apa yang PAS nak harapkan kepada PKR didalam Pakatan? Penubuhan PKR dulu terdiri dari banyak orang melayu. Sekarang ni PKR sudah jadi macam rojak buah. Timun ada, nenas pun ada, buah pauh pun ada juga. Orang yang kecewa banyaklah dalam PKR. Semuanya datang dari MCA, MIC, UMNO dan lain-lain. Inilah sebenarnya parti orang yang tak kuat iman.
Rakyat sedang melihat arah tuju perjuangan PAS. Adakah perjuangan PAS hanya nak menang PRU 13 sahaja? Bagaimana pula dengan PRU14, 15, 16, 17, 18 dan seterusnya? PAS patutnya menangi hati rakyat melalu perjuangan, ketelusan, keikhlasan dan memperjuangan hak bangsa dan agama. PAS perlu tunjukkan mereka boleh jadi pemimpin yang bersih yang ada iman, ada agama dan mampu jadi contoh kepada rakyat.
Mereka juga harus tunjukkan yang dengan perjuangan Islam, mereka boleh menjadi pemimpin yang tidak munafik, tak membuat fitnah dan tak mementingkan sifat duniawi. Jika jadi pemimpin hanya untuk kepentingan diri sendiri, keluarga dan rakan kroni. PAS patut buang saja perjuangan Islam mereka.
No comments:
Post a Comment