

Semakin hari semakin merapu puak Pas ni. Dari memperjuangkan agama, kini dah jadi pejuang kebajikan pulak. Sebenarnya yang mana satu Pas perjuangkan ni. Islam ke kebajikan?
Dulu Pas bermati-matian berjihad kononnya mahu hudud dan negara Islam. Sanggup mengkafirkan UMNO, sanggup berperang dengan UMNO yang kononnya dianggap kerajaan sekular dan berpelembagaan british. Kini apa dah jadi Pas? Di mana perjuangan asal mu? Di mana pendirian Pas selama ini?
Pertanyaan yang sebenarnya, dimana hilangnya Islam yang Pas perjuangkan?
Atau semenjak dari penubuhan Pas lagi, sememangnya Islam bukan diutamakan. Mungkin Pas hanya gunakan Islam untuk barang dagangannya. Maknanya, Pas memperjuangkan Islam semata-mata untuk meraih sokongan.
Islam dijual sebagai penarik minat, Ulama pula dijaja untuk menjadi jenama. Bila ada Ulama dan Islam, maka Pas dilihat utuh dan seolah-olah parti yang memperjuangkan Islam.
Ahhh.. itu dulu,
Kini mereka sudah ada modal baru untuk diniagakan bersama sahabat sejati Dap. Islam sudah ditolak ketepi, percayalah, jika bukan kerana UMNO masih wujud, orang-orang Pas ini pasti akan berubah cara penampilan mereka. Ketayap dah terbang, serban pun pasti lesap. Sekarang ni Pas masih mengekalkan imej agama mereka, disebabkan mahu dilihat lebih alim dari UMNO, hakikatnya? HAPRAK!!
Namun sekarang, Pas sudah jadi parti HAPRAK! Kadang-kadang sedih juga lihatkan Pas macam ni, disebabkan Anwar dan Dap, Pas terus berubah haluan menjadi lebih 'ranggi' dari UMNO. Maknanya Pas sekarang lebih advance dari UMNO. Sanggup buat apa saja demi kuasa politik. Bila Pas dah ikrar macam tu, maknanya Pas setuju, Malaysia dijadikan negara sama rata seperti cita-cita Anwar dan Dap.
Apakah Melayu Islam tidak nampak ini seperti satu bencana jika Pakatan Rakyat Menang kelak?
Penyokong Pas tetap taksub, jangan risau, mereka ini bebal dan kebal dari sebarang berita. Kitab rujukan hanyalah Harakah, Suara Keadilan dan Roket, sebab itu mereka menjadi kebal dan bebal untuk mempercayai mengenai apa yang kita tulis dan apa yang mereka terbaca tentang pemimpin mereka.
Bukti Pas tidak mengutamakan Islam lagi boleh kita lihat dalam parti Pas sekarang. Kebanyakkan didominasi oleh puak berkiblatkan Anwar. Sehingga jawatan presiden Pas kekal pun kerana beliau dilihat memihak pada Anwar pada akhir-akhir ini.
Itu maknanya, siapa sokong Anwar dia akan berkuasa, siapa memilih Islam atau Ulama dia akan kecewa. Apakah itu parti Islam sebenar, apabila ahli-ahlinya sanggup ketepikan Ulama untuk terus berkuasa? Itu bukan parti Islam, itu parti dagangan Islam.
Bila modal Islam boleh dijual, merekalah juara, bila Islam sudah tak laku diniagakan, mereka menjadi juara kebajikan untuk rakyat semua.
Tekad untuk berkuasa, Pas sanggup melacurkan tunjang agamanya. Dimana Islam di mana Ulama? Mereka hanya dagangan Pas untuk berniaga.
No comments:
Post a Comment