Showing posts with label Islam dan Hakiki. Show all posts
Showing posts with label Islam dan Hakiki. Show all posts

Monday, 27 June 2011

Bi’ah Islamiah – Hidup bercirikan suasana Islam


Bi’ah Islamiah bermaksud suasana sekeliling yang bercirikan Islam. Rumah yang berbi’ahkan Islam ialah rumah yang susana di dalamnya dibentuk berlandaskan Syari’at Islam sama ada dari sudut pegangan ahli-ahli rumah (bapa, ibu dan anak-anak), pergaulan sesama mereka dan amalan di dalam rumah. Masyarakat yang mempunyai bi’ah Islam pula ialah masyarakat yang segenap aspek menampakkan ciri-ciri keislaman; pemimpin dan rakyatnya berkomitmen dengan Islam, suruhan Islam dilaksanakan, ada budaya dakwah dan amar makruh nahi munkar dan bebas dari maksiat secara terang-terangan.
Bi’ah mempunyai kesan yang amat besar terhadap pertumbuhan seseorang khususnya anak-anak. Anak yang hidup dalam suasana sekeliling yang soleh, ia mudah menjadi insan yang baik. Sebaliknya anak yang hidup dalam suasana sekeliling yang rosak, ia mudah menjadi insan yang rosak. Kerana itu, Rasulullah s.a.w. berpesan agar dihidupkan suasana ibadah di dalam rumah. Baginda bersabda; “Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Baginda bersabda lagi; “Lakukanlah sebahagian solat kamu di rumah kamu. Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu ibarat kubur” (HR Imam Muslim dari Jabir r.a.). Di dalam hadis yang menceritakan tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak, salah seorang yang disebut Nabi ialah; “Seorang pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah Ta’ala” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Bagi orang dewasa pula, antara biah yang amat besar kesan terhadap pembentukan dirinya ialah kawan-kawan sekeliling. Jika kita dilingkungi kawan-kawan sekeliling yang baik dan soleh, kita juga akan tergerak untuk menjadi baik dan soleh atau untuk menjaga kesolehan yang sedia ada pada diri kita. Begitu juga sebaliknya. Nabi s.a.w. berpesan; “Seseorang manusia itu berada di atas agama temannya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhatikan dengan siapa ia berteman/berkawan” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.). Dalam satu hadis, Nabi s.a.w. mengumpamakan kawan yang baik dengan penjual minyak wangi dan kawan yang jahat/buruk dengan tukang besi. Penjual minyak wangi; jika kita tidak dapat minyak wangi darinya, sekurang-kuranya kita dapat juga mencium bau wangi darinya. Adapun tukang besi; sekalipun baju kita tidak terbakar (dengan kerana api yang ia gunakan untuk menempa besi), kita pasti akan tercium bau busuk darinya (Lihat; HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Musa r.a.). Menurut Syeikh an-Nahlawy dalam kitabnya ad-Durar al-Mubahah; tawan/teman yang jahat ialah;
1. Yang menjatuhkan kamu ke lembah maksiat dan larangan-larangan Allah.
2. Melalaikan kamu dari mengingati Allah
3. Mendorong kamu untuk menyanggahi Syari’at melalui ucapan dan keadaan dirinya.
4. Menggalakkan kamu supaya melakukan kerosakan dengan amalan-amalan buruknya.
(ad-Durar al-Mubahah, Bab al-Khamis; Fi al-Akhlaq)
Bagi masyarakat, biah (suasana) yang ada dalam masyarakat akan memberi kesan kepada individu-individu yang menghuni di dalamnya. Kita pernah membaca kisah yang diceritakan oleh Nabi s.a.w. di dalam hadisnya berkenaan seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, kemudian ditambahnya seorang lagi dengan membunuh ‘abid (ahli ibadah). Allah telah menggerakkan hatinya untuk bertaubat. Lalu ia berjumpa seorang alim (ahli ilmu) untuk bertanyakan adakah masih ada peluang taubat untuknya dan bagaimana caranya untuk bertaubat? Setelah memberi peransang kepadanya untuk bertaubat, alim itu menasihatinya; “Jika benar kami ingin bertaubat, hendaklah kamu berpindah ke negeri sekian. Di situ terdapat kelompok manusia yang beribadah kepada Allah. Kamu beribadahlah bersama mereka. Janganlah kamu pulang ke negeri kamu ini kerana negeri kamu adalah negeri jahat/buruk” (Lihat; HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.). Nasihat alim ini memberi isyarat yang cukup jelas kepada kita; betapa pentingnya suasana sekeliling yang baik/soleh untuk membentuk anggota masyarakat yang baik dan soleh. Nasihat alim ini pastinya benar dan amat penting. Jika tidak, tentu Nabi s.a.w. tidak akan menceritakannya kepada kita.
Wallahu a’lam.
Oleh:  USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL Ahli Penal Syariah HPA

MARUAH ISLAM KIAN LUNTUR DAN TERGADAI

"Kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini bukan sahaja disebabkan karenah musuh tetapi berpunca dari kelalaian diri sendiri. Umat Islam sudah meremeh remehkan persoalan Iman, Syariat dan Akhlak ia itu tunggak maruah dalam Islam.Jika Iman kuat, Syariat kemas dan Akhlak meningkat, nescaya umat Islam menjdai tuan di dunia sebelum menjadi tuan di Akhirat



Politkus, pemimpin Islam dan Umat Islam sendiri di seluruh dunia hari ini tidak begitu menjaga maruah agama Islam.Bahkan lebih dasyat daripada itu ada umat yang rasa malu untuk menonjolkan diri sebagai seorang Islam. Malu untuk menjadi seorang yang benar benar beriman, mengamalkan hukum hukum yang wajib dan sunat, dan malu untuk berakhlak sebagai seorang Islam.Mereka takut untuk dituduh kolot, ketinggalan zaman dan jumud, dan di pinggirkan kawan non muslim mereka sekiranya mereka benar benar mengamalkan Islam.


Mereka turut membenarkan fitnah fitnah yang mengatakan, kalau ikut Islam seseorang itu akan jadi jumud dan ketinggalam zaman. Mereka tidak yakin bahawa dengan Islamlah, umat Islam akan benar benar menjadi maju dan berjaya di dunia dan akhirat.Mereka tidak faham bahawa tamadun Islam yang agung yang telah pernah menggemparkan dunia satu masa dulu adalah dibina atas dasar Iman, Islam dan Akhlak. Itulah yang di ajar olih Allah dan Rasul.Dan itulah juga yang di katakan maruah tadi.Mereka tidak sedar bahawa umat Islam pada abad ini sebenarnya merempat dan terhina di bumi sendiri.Hatta makanan yang di suap kemulut pun bukan bikinan sendiri, terpaksa menadah tangan pada hasil buatan orang kafir.Pakaian yang di gayakan sebagai ciri kemodenan itu pun di ambil dari kilang orang kafir.Demikianlah juga halnya dalam apa jua aspek hidup, umat Islam bersandar pada ciptaan dan hasil usaha orang bukan Islam. Umat Islam tidak ada identiti sendiri. Umat Islam tidak ada maruah sendiri.Mana dia kemajuan dan kemodenan yang dibanggakan itu hingga kerana itu tergamak menggadai maruah agama.


Umat Islam hari ini khusus nya dari kalangan politikus kerana inginkan pujian, pengaruh, pangkat, harta, wang ringgit dan kuasa telah menggadai maruah selaku umat Islam. Mereka kebelakangkan iman dan hukum hukum Allah semata mata kerana memburu apa mereka istilahkan kemajuan tadi.Mereka kira dengan cara itu mereka lebih terhormat, mulia dan terpuji.Mereka menjual sesuatu yang mahal untuk membeli dunia yang tiada nilainya.Mereka lupakan Allah dan Rasul kerana kepentingan nafsu dan syaitan. Alhasil, kemuliaan dan kebahagiaan yang di cari makin hilang. Umat Islam makin tidak dipedulikan, di pandang hina dan malah tiada harga  di mata dunia.Ada macam tidak ada.Yang ada tinggal nama, sedangkan kemuliaan , keagungan, dan kegemilangan Islam dan Umat Islam telah terlucut daripada manusia manusia bernama Islam!


Sumber: Fitrah Islami Online


Salaam & Regards
Amri el Wahab